SELAMAT DATANG
Rakan-rakan pembaca yang budiman, semoga gembira melayari blog ini dan dapatlah kita berkongsi hobi yang sama. Sebarang komen amat dialu-alukan. Sekiranya ada pertanyaan/berminat emelkan kepada saya mamaqrm@yahoo.com.my
Assalammualaikum....percubaan kali pertama. Oleh kerana beg yang selalu dibawa ke kelas Majlis Ilmu dan Belajar Tajwid nampak plain sahaja, apa lagi datang idea untuk menghiasnya. Inilah hasilnya!!!!...
Sulam dari reben ni Akak belajar secara kebetulan ketika berurusan dengan MARA pada awal tahun ini, ketika itu ada buka bengkel yang di adakan di ruang Looby di Tingkat Bawah Bangunan MARA Jalan Raja Laut. Almaklumlah apa sahaja bentuk kraf tangan, Akak memang minat.... Walaupun belajar cuma dalam masa tidak sampai satu jam, dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Untuk percubaan kedua sedang menyulam di atas beg telekung pula, hasilnya...tunggu next post.... (pada waktu yang sama sedang jahit sulam manik pada buju kurung)
Assalammualikum..... lama sungguh tak update blog ni......ini lah hasil keras tangan yang terbaharu, .... semua dah ada tuannya.
|
1set (5 item) - RM65.00 |
|
1. Coin Porch (12cm X 7cm garis pusat) |
|
2. Beg Botol Air (500 ml.) |
|
3. Handphone/Sun Glasses Purse (13.5cm X 8.5cm) |
|
4. Lipstick Purse (8cm X 5cm - untuk 2 lipstick) |
|
4. Make-up Purse ( 9cm X 13.5cm)
Nota: Stok sedia ada hanya 1 set sahaja
Harga di atas tidak termasuk kos penghantaran
|
Assalammualaikum, lama sungguh Akak tak posting. Bukan apa di bulan Ramadhan lepas Akak tiada kesempatan mengait dan baru sekarang Akak mula semula. Sebagai permulaan Akak menyiapkan tempahan crochet hat untuk adik Umairah cucu jiran Akak. Ini percubaan pertama!....
I hope my daughter's friend will appreciate them.